DERMAGs Skin Care Solution Buah manggis atau dalam bahasa saintifiknya ‘Garcinia mangostana’ sememangnya memang tinggi dengan kandungan anti-oksidanya. Ia juga amat berkesan untuk merawat masalah jeragat yang dialami khususnya untuk wanita asia yang berumur 35 tahun ke atas. Menurut kajian yang dijalankan oleh saintis daripada Universiti Teknologi Malaysia, Dr Mariani: “Manggis mempunyai satu bahan yang dinamakan Alpha-Mangosteen. Ianya sangat efektif untuk merawat masalah jeragat di samping mencerahkan lagi kulit muka…” Wanita yang mengalami masalah jeragat sebenarnya tidak mempunyai satu kaedah khusus untuk melindungi diri mereka dari jeragat. Ini kerana jeragat lahir dari penghasilan sel melanin oleh kulit. Dan melanin adalah sebenarnya mekanisme badan untuk melindungi kulit dari serangan sel kanser. Buat masa ini, kaedah yang diguna pakai untuk mengekang penghasilan melanin ialah dengan menggunakan sebatian kimia seperti Kojic Acid, Hydroquinon dan juga Alpha Arbutin. Bahan-bahan kimia ini bertindak mengekang penghasilan melanin dan dengan itu mencegah pertumbuhan jeragat. Jika pengguna tersilap memakai bahan terlarang ini tanpa pengawasan professional, kos rawatan untuk memulihkan kembali kulit boleh mencecah puluhan ribu ringgit dan memakan masa 3-5 tahun sebelum kulit kembali sihat seperti sediakala.
MANGGIS DI BAWA KE KOREA? Dr Mariani telah melanjutkan pelajarannya ke Universiti of Dangguk di Korea Selatan dalam bahagian kosmeceutikal dan beliau telah mendapat biasiswa penuh dari 2 buah universiti iaitu UTM dan juga Universi of Dangguk, Korea Selatan. Disana, beliau telah diselia oleh Professor Park Chang Seo – seorang pakar kosmetik Korea Selatan yang telah mempelopori kehebatan kosmetik Korea Selatan. Dibawah seliaan Professor Park, Dr Mariani telah menghabiskan masa selama 5 tahun dan beribu ribu jam kajian makmal untuk mencari satu unsur dalam kulit manggis yang akan dapat mengembalikan kecantikan wanita. Beliau menjumpai 11 unsur aktif dalam kulit manggis – semuanya unsur yang sangat hebat dengan pelbagai manfaat kesihatan dan kecantikan kepada manusia. RAHSIA MANGGIS TERBONGKAR Tetapi terdapat satu unsur yang tidak pernah dijumpai oleh manusia lagi sebelum ini.
Berbekalkan teknologi terkini dalam bidang kosmeseutikal korea, Dr Mariani dan Professor Park telah menjumpai unsur yang dikenali sebagai “Alpha-Mangostin”. Unsur ini didapati telah berupaya menyingkir jeragat dari lapisan kulit atas dan juga lapisan kulit pertengahan dengan cepat dan selamat. Malahan lebih cepat lagi daripada rawatan laser yang menelan beribu ringgit setiap kali rawatan. Bukan setakat jeragat sahaja yang disingkirkan, malahan kulit juga menjadi putih secara semulajadi. Apa yang mengujakan ialah, putih yang terhasil bukanlah sekadar putih yang cerah… tetapi putih yang berseri dan kemerahan. Tidak hairanlah jika orang dulu dulu tidak pernah membuang kulit manggis. Mereka memakan isi manggis yang manis dan menyimpan kulitnya untuk dijadikan bedak untuk ditampal di muka.
ALPHA MANGOSTIN – KEAJAIBAN ALAM ANUGERAH UNTUK WANITA Alpha-mangostin ialah salah satu dari 11 bahan aktif yang wujud didalam kulit manggis. Kehebatanya ialah, walaupun ia merupakan satu bahan aktif semulajadi yang selamat dan tidak mempunyai kesan sampingan, ia mempunyai kadar keberkesanan (efficacy) yang sangat tinggi. Malahan kajian makmal menunjukkan bahawa ia adalah 200% lebih efektif dari bahan kimia Alpha Arbutin dan Hidroquinon yang boleh membawa kepada kerosakan kulit secara kekal. Graf di sebelah pula menunjukkan kesan Alpha Mangostin terhadap proses peremajaan kulit. Punca utama kepada proses penuaan sebelum masa ialah stress dan ia menyebabkan kematian sel sel retinal. Stress sering dikaitkan dengan AMD ( age-related macular degeneration) dan oksidasi memainkan peranan penting dalam menjadikan fenomena ini lebih kritikal.
Alpha mangostin yang wujud didalam kulit manggis mengatasi masalah kematian sel sel retinal sebelum masanya dan ia juga menyumbang kepada penghasilan sel sel baru. Hasilnya, kulit yang kusam akan kembali bercahaya, kedutan kedutan halus akan mula hilang, kulit akan menegang dan parut parut mula tertutup secara semulajadi hasil dari pemulihan kesihatan kulit dari dalam dengan menggunakan teknologi ALPHA-MAGs (Alpha Mangostin Niosomes) sebagai satu nanocarier dan penetration enhancer. Dengan kata mudahnya, ALPHA-MAGs ini bertindak sebagai bahan penyerapan dan ejen penambahbaikan kulit. Tugasnya ialah mengembalikan kulit kepada keadaan optimum kembali dan menghalang dari kemerosotan kulit. Lebih hebat lagi ia merupakan satu nanocarier yang bermaksud ianya adalah lebih kecil dari saiz sel kulit. Ini membolehkan ia meresap masuk kedalam sel kulit itu sendiri. Ia bukan sekadar merawat kulit, tetapi merawat sel kulit, mengembalikan sel kulit supaya menjadi lebih sihat agar kulit senantiasa berada dalam keadaan terbaik.
Alpha-MAGs ialah merupakan satu penemuan baru produk penjagaan kulit yang menawarkan pencerahan dan keremajaan kulit sekali gus. Jika anda mendapati kulit anda sudah tidak sekata dan mula mempunyai bintik-bintik hitam, maka inilah berita baik bagi anda. Dalam kajian, didapati Alpha-mangostin ini merupakan satu penghalang tyrosinase yang merupakan ejen penghasilan melanin yang menjadi punca kepada pigmentasi dan jeragat. Apabila umur meningkat, melanin dalam kulit akan menjadi bertambah aktif dan mula menghasilkan bintik bintik hitam dengan lebih banyak. Kulit juga akan menjadi semakin kering kerana ia tidak lagi menghasilkan sebum yang secukupnya. Hasilnya, kulit mula menjadi berjeragat, kusam, berkedut dan hilang kekenyalan. Dengan memperlahankan penghasilan melanin, kulit akan dapat di pulihkan kembali dari masalah tona yang tidak sekata, pigmentasi dan juga jeragat. Tindakan bahan aktif ALPHA-Mangostin pula menjadikan kulit anda muda kembali dan remaja kembali. Jangan risau, walaupun tuan empunya diri sudah berumur, kulit boleh kelihatan seperti remaja belasan tahun. DERMAGs juga bertindak memperlahankan aktiviti sel tyrosinase dan sel melanoma B16F1. Sel melanoma ini adalah sel yang menyumbang kepada kanser kulit.
Dan memandangkan kita mempunyai cuaca yang semakin hari semakin panas, serta pencemarah udara dan air yang disekeliling kita, semakin ramai yang menghadapi risiko tinggi untuk menghidap kanser kulit. Alhamdulillah, kita ada alternatif yang selamat untuk mencerahkan kulit, menghalang penuaan dan memperlahan tindakbalas sel sel melanoma B16F1 dari menghasilkan ejen kanser dalam kulit. DERMAGs dihasilkan dari gabungan ilmu penjagaan kulit dan kosmetik oleh pakar-pakar yang mengabdikan seluruh hidupnya untuk menjayakan kajian mereka sehingga dianugerahkan dengan panggilan Doktor dan Professor. Mereka bukan sekadar pemilik salon biasa seperti yang kita selalu jumpa, atau jurujual langsung yang membeli produk murah untuk di pek kembali. Gabungan kepakaran bertaraf dunia mengembeling tenaga untuk menghasilkan DERMAGs untuk anda semua kembali cantik. Bukan satu perkara asing bagi DERMAGs untuk dikaji dan ditambah baik di dalam makmal yang telah melahirkan ribuan jenama penjagaan kulit premium dunia, yang menghiasi rak-rak kaca butik-butik tersohor. Bukan sekadar pakar dari Malaysia yang mengusahakannya, malahan bersama dengan bimbingan dari pakar berlainan benua.
Tidak hairanlah kenapa DERMAGs boleh diterima walaupun oleh kulit yang sangat sensitif. DERMAGs Skin Care telah mendapat pengiktirafan apabila berjaya memenangi dua pingat emas dan satu pingat perak dalam :
>>> Pameran Seni Industri dan Teknologi (INATEX)UTM 2012
>> Pameran Reka cipta Inovasi dan Teknologi Antarabangsa ke 24
>>> Pemenang Anugerah Perak Seoul International Invention Fair 2013 Kerajaan Malaysia sendiri menganugerahkan kepada Dr Mariani beberapa geran supaya penyelidikan dapat dijalankan dengan lebih teliti dan hebat agar kualiti DERMAGs benar-benar berkesan.
>>> Geran no PY/2014/04304 – “Prototype Development of Intensive Brightening Serum Containing Alpha-MAGs for Cosmeceutical Application”
>>> Geran no PY/2013/00298 – Isolation and Characterization of Alpha Mangosteen from Mangosteen Pericarp Using Super Critical Carbon Dioxide”
>>> Geran No PY/2013/01053 -The Role of Alpha Mangostin on Cellular and intracellular level of melonin bio-synthesis and tyrosinase activity of B16F1 melanoma cells
>>> Geran No PY/2013/01586 – Optimization and Characterization of Alpha Mangostin Loaded Niosome for Cosmeceutical Application
Bagaimanakah mekanisma DERMAGs berfungsi? Penghasilan dan penukaran sel kulit lama kepada sel baru akan mengambil masa selama 28 hari utk menyempurnakan satu kitaran dimana proses yg berlaku akan melibatkan lapisan bawah kulit (stratumn basal) hinggalah ke lapisan paling atas (bahagian paling luar, iaitu stratum corneum). DERMAGs, melalui bahan aktifnya iaitu ALPHA-MAGS akan membantu didalam kitaran proses ini dengan membina semula sel kulit yang baru dan merawat daripada lapisan basal (lapisan paling bawah epidermis) di dalam kulit. Kulit manusia (epidermis) mempunyai 5 lapisan. Lapisan paling atas ialah lapisan stratumn corneum dan lapisan paling bawah ialah lapisan stratumn basal. Sel-sel kulit akan perlahan-lahan berganti baru setiap 28 hari dengan gerakan pertumbuhan bermula daripada bawah ke luar.
Jika jeragat berada di dalam kulit, ia akan perlahan-lahan bergerak keluar dan nampak makin terang; dan bila ia berada di lapisan paling luar, pigment/jeragat akan perlahan2 pudar (desquamation process/soft peeling). Produk penjagaan kulit DERMAGs merawat kulit daripada dalam sel, dan ianya tidak akan melunturkan sel kulit (bleaching) seperti produk-produk lain yang mana kebanyakannya menggelupaskan lapisan luar kulit (hard peeling) untuk meletakkan bahan kimia yang merbahaya bagi kesan pemutihan yg terlampau cepat (beberapa hari sahaja). Kesan pemutihan adalah sangat cepat kerana beberapa lapisan kulit terhakis dengan cepat (kulit kelihatan putih tetapi tidak sihat).
Formulasi DERMAGs untuk DERMAGs Intensive Brightening Cleanser, DERMAGs Intensive Brightening Softener dan DERMAGs Intensive Brightening Serum adalah dalam bentuk nano emulsi – yang mana ianya diformulasi khas dalam bentuk partikel nano untuk kadar penyerapan yang lebih tinggi berbanding dengan proses emulsi yang biasa. Dengan cara ini, bahan-bahan aktif terutamanya ALPHA-MAGs akan terus menyerap ke lapisan basal di antara epidermis dan dermis untuk memberi kesan optimum terhadap sel-sel kulit (melanocytes, fibroblast & keratinocytes). Dengan cara ini, sel-sel kulit akan lebih efektif dan lebih cepat bertindak balas memberi kesan positive ke atas kulit. Kajian yang dijalankan mendapati kesan positif ke atas kulit meningkat sebanyak 60% hingga 80% berbanding formulasi biasa yang terdapat dlm kebanyakan produk di pasaran. Berbeza dengan formulasi DERMAGs Intensive Refining Cream & DERMAGs BB Cushion, bahan-bahan untuk penanpis sinaran UV filter dan penghadang sinaran matahari tidak perlu menggunakan teknologi nano kerana fungsi SPF hanya diperlukan di lapisan luar kulit utk memberi lebih perlindungan /serapan terhadap sinaran UV.