DermagSkincare

DERMAGS – DARI KULIT MANGGIS

Dermags ialah satu produk penjagaan kulit yang dipelopori oleh Dr Mariani Abd Hamid Ketua Unit Kosmeseutikal dan Wangian di Institue of Bioproduct Development (IBD) Universiti Teknologi Malaysia.

Dengan menggunakan teknologi yang mengguna pakai Alpha-MAGs ( Apha mangostin niosomes) sebagai satu nanocarier dan penetration enhancer. Dengan kata mudahnya, alpha mags ini bertindak sebagai bahan penyerapan dan ejen penambahbaikan kulit. Tugasnya ialah mengembalikan kulit kepada keadaan optimum kembali dan menghalang dari kemerosotan kulit.

Lebih hebat lagi ia merupakan satu nanocarier yang bermaksud ia lebih kecil dari saiz sel kulit. Ini membolehkan ia meresap masuk kedalam sel kulit itu sendiri. Ia bukan sekadar merawat kulit, tetapi merawat sel kulit, mengembalikan sel kulit supaya menjadi tip top kembali. Apabila sel tip top, maka kulit memang akan berada dalam keadaan terbaik.

Alpha-MAGs ialah merupakan satu penemuan baru produk penjagaan kulit yang menawarkan pemutihan dan anti penuaan sekali gus. Dengan DerMAGs ni, nenek boleh menjadi lebih glowing dan flawless dari cucu sendiri.

Jika anda mendapati kulit anda sudah tidak sekata dan mula mempunyai bintik-bintik hitam, maka inilah berita baik bagi anda. Dalam kajian, didapati Alpha-mangostin ini merupakan satu penghalang tyrosinase yang merupakan ejen penghasilan melanin yang menjadi punca kepada pigmentasi dan jeragat.

Apabila umur meningkat, melanin dalam kulit akan menjadi bertambah aktif dan mula menghasilkan bintik bintik hitam dengan lebih banyak. Kulit juga akan menjadi semakin kering kerana ia tidak lagi menghasilkan sebum yang secukupnya. Hasilnya, kulit mula menjadi berjeragat, kusam, berkedut dan hilang kekenyalan.

Dengan memperlahankan penghasilan melanin, kulit akan dapat di pulihkan kembali dari masalah tona yang tidak sekata, pigmentasi dan juga jeragat. Tindakan bahan aktif alpha-mangostin pula menjadikan kulit anda muda kembali dan remaja kembali.

Jangan risau… walaupun tuan empunya diri sudah berumur, kulit boleh kekal seperti remaja belasan tahun.
DerMAGs juga bertindak memperlahankan aktiviti sel tyrosinase dan sel melanoma B16F1. Sel melanoma ini adalah sel yang menyumbang kepada kanser kulit. Dan memandangkan kita mempunyai cuaca yang semakin hari semakin panas, serta pencemaran udara dan air yang disekeliling kita, semakin ramai yang menghadapi risiko tinggi untuk menghidap kanser kulit. Alhamdulillah, kita ada alternatif yang selamat untuk mencerahkan kulit, menghalang penuaan dan memperlahan tindakbalas sel sel melanoma B16F1 dari menghasilkan ejen kanser dalam kulit.

Paling penting, ia adalah SEMULAJADI.

Dalam pasaran sekarang, hampir semua bahan pemutih kulit menggunakan bahan kimia, dan bahan kimia ini mensasarkan kepada memecahkan konsentrasi melanin supaya pigmentasi dan jeragat tidak berlaku. Kesan pemutihannya memang nampak berlaku dengan sangat cepat, walaubagaimanapun, ia juga membawa bersamanya kesan toksikologi yang tinggi. Ini sememangnya mendedahkan anda semua kepada risiko kesihatan yang tinggi..

Berhentilah menggunakan produk yang anda tidak tahu asal usulnya, Berhentilah menggunakan produk yang anda tidak boleh mengesahkan keselamatannya. Berhentilah menggunakan produk yang dihasilkan oleh orang yang berlakon pandai dan mewujudkan formula skincare sendiri.

Sesal dahulu berpendapatan, sesal kemudian tiada guna…

Beralihlah kepada Dermags. Paling penting, ia adalah SEMULAJADI

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!